Home Nasional SPRM cari Abdul Razman, David

SPRM cari Abdul Razman, David

Bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang baharu ketika tinjauan Malaysia Gazette di Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 13 OKTOBER 2017

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan berkaitan dua kes rasuah berasingan.

David SNG

Bagi kes pertama, SPRM Sarawak sedang mengesan David SNG, 50, mempunyai alamat terakhir di Lot 2362, Taman Chan Ung Hua, Jalan Bleteh, 96800 Kapit, Sarawak.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Muhamad Saiful Adli Che Rahim di talian 08-4321 982 atau 013-715 1744.

 

Abdul Razman Muthokhir

Sementara itu, SPRM turut mencari Abdul Razman Muthokhir, 33, dengan alamat terakhir di WC-15 Antah Tower Condominium, Jalan Putramas 1, Off Jalan Kuching, 51200 Kuala Lumpur dan No.2, Laluan Taman Meru 1, Taman Meru 1A, 30020 Ipoh, Perak.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta menghubungi Penolong Penguasa Mohd. Johafizie Johari di talian 03-8870 0475 atau 014-515 5977. – MalaysiaGazette

+ posts