Putrajaya adalah tuan rumah bagi acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2019.
Tema Hari Kebangsaan tahun ini adalah Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih.
Bernama melaporkan sebelum ini, beberapa jalan utama di Putrajaya akan ditutup dan dilencongkan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2019 pada 31 Ogos ini.
Beliau berkata jalan terlibat ialah Laman Perdana, Persiaran Perdana, Lebuh Saujana, Jalan Tunku Abdul Rahman, Lebuh Wawasan, Lebuh Bestari, Jalan Pembangunan, Jalan Kemerdekaan dan Lebuh Setia.
“Acara sambutan akan bermula pukul 7.30 pagi dan dijangka berakhir pada 12 tengah hari.
“Sambutan akan dimeriahkan dengan perbarisan serta perarakan aset-aset Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia serta agensi lain dan dijangka 300,000 orang akan hadir,” katanya.
larangan itu bertujuan memastikan kelancaran acara dan keselamatan ruang udara di Putrajaya yang akan digunakan oleh pesawat-pesawat untuk membuat pertunjukan pada hari tersebut.
— BERNAMA