KUALA LUMPUR – Pejabat Ahli Parlimen Batu mengucapkan terima kasih kepada Uncle Kentang tetapi menafikan menerima aduan rasmi mengenai masalah penduduk yang dibantunya.
Setiausaha Sulit P. Prabakaran, Rezza Ralib berkata, pihaknya menafikan ada menerima sebarang panggilan atau aduan termasuk daripada pihak Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk di kawasan terbabit.
“Sebagai perkongsian, ketika ini YB Prabakaran berada di Bangkok, Thailand bagi menghadiri forum Asia 40th General Assembly of Asean Inter Parlimentary Assembly dan panggilan yang dibuat oleh Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) tidak dapat dilakukan.
“Walaupun begitu nombor panggilan rasmi pegawai penyelaras aduan dan nombor telefon Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Batu boleh didapati di laman media sosial rasmi Facebook di atas nama P. Prabakaran,” kata Rezza dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum itu, Uncle Kentang mendakwa gagal menghubungi Prabakaran sehingga terpaksa membantu satu keluarga India di Jalan Ipoh yang tidak mampu menyediakan kos pengebumian seorang ahli keluarganya.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: