Home Nasional PH tidak terima kritikan PBB

PH tidak terima kritikan PBB

Tun Dr. Mahathir Mohamad. foto HAZROL ZAINAL, 29 OGOS 2019.

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) berkata kerajaan tidak menerima ulasan laporan yang dikeluarkan oleh Pelapor Khas Kemiskinan dan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Prof Philip Alston berhubung laporan garis kemiskinan di negara ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, PH mempunyai langkah sewajarnya dalam menentukan garis kemiskinan negara.

“Kabinet ada bincang mengenai garis kemiskinan dalam mesyuarat Kabinet tadi, kita bincang dan akan ambil tindakan. Kerajaan akan kaji keperluan untuk membantu golongan yang memerlukan.

“Tapi tidak seperti yang dinyatakan oleh orang yang datang ke sini, sehari, duduk di hotel besar dan buat keputusan,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), hari ini.

Minggu lalu, Prof Philip Alston berkata kadar kemiskinan sebenar di Malaysia adalah jauh lebih tinggi, hampir sama dengan negara lain iaitu pada kadar kira-kira 15 peratus.

Alston berkata, kadar kemiskinan sebenar di Malaysia adalah jauh lebih tinggi, hampir sama dengan negara lain iaitu pada kadar kira-kira 15 peratus.

Beliau yang juga pakar hak asasi manusia berkata, ia adalah hasil penemuannya selepas mengadakan lawatan ke negara ini selama 11 hari bermula 13 Ogos lalu.

Minggu lalu, Dr Mahathir berkata kerajaan akan mengkaji semula dakwaan Alston itu bagi mengetahui sama ada dakwaan tersebut benar atau tidak. – MalaysiaGazette