PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim kena pandai-pandailah menafsirkan sendiri jawapan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kedudukan dalam Kabinet.
“Pandai-pandailah menafsirkan jawapan itu (kata-kata Dr Mahathir),” kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Zuraida Kamaruddin.
Semalam, Dr Mahathir Mohamad memaklumkan buat masa ini tiada jawatan kosong dalam Kabinet untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini kerana, tiada ahli Kabinet yang mahu melepaskan jawatan masing-masing untuk diberikan kepada Anwar
Malah, perdana menteri itu berkata, rombakan Kabinet tidak dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
“Kerajaan tidak akan buat perubahan atau penambahan jumlah ahli Kabinet,” kata Dr Mahathir.
Dalam pada itu, Zuraida memaklumkan Anwar sehingga kini belum memberikan respon terhadap surat yang diserahkannya untuk mengadakan perjumpaan dengan Presiden PKR itu.
“Tak ada langsung respons,”tambahnya.
Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan demikian ketika ditemui di Majlis Penyerahan Surat Tawaran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2 di sini.
Beliau sebelum ini berkata, surat kepada Anwar itu dibuat bagi mengadakan pertemuan dengan bersama ahli MPP yang terpilih bagi menyelesaikan perselisihan yang berlaku.-MalaysiaGazette
Tiada yang lepaskan jawatan, jadi tiada kekosongan untuk Anwar – Dr Mahathir