KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) tetap akan menang dan mengekalkan kuasa jika Pilihan Raya Umum (PRU) akan diadakan hari ini.
Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin kedudukan parti itu tidak terjejas kerana tidak mengamalkan cara pentadbiran parti lawan sebelum ini.
Tambahnya, rakyat sudah tentu tidak akan memilih semula Datuk Seri Najib untuk menjadi pemimpin.
“Ada yang kata kita akan kalah, kita yakin kalau bertanding hari ini boleh menang juga. Tidak ada siapa nak ambil balik Datuk Seri Najib Razak, kita tahu dia sauk duit banyak, kita tidak ada sauk diit sebab kita tak curi duit,” katanya pada sidang media.
Terdahulu Dr Mahathir mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Al-Bukhary.
Kata-kata Dr Mahathir itu menafikan ramalan Anggota Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Rais Husin bahawa PH akan kalah sekiranya pilihan raya umum diadakan dalam tempoh terdekat.
Menurut Rais ada parti itu mempunyai masa tiga setengah tahun lagi untuk menunaikan janji-janjinya dan melaksanakan projek-projek yang akan memanfaatkan rakyat.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, PH tidak mempnyai masalah yang mengakibatkan timbulnya dakwaan tidak lagi diterima oleh rakyat, namun beliau mengakui wujud kelemahan daripada aspek komunikasi yang menjadi isu perkauman dan agama tercetus.
Namun begitu beliau berharap media memainkan peranan tidak hanya menggunakan isu kontroversi untuk dijadikan laporan berita sebaliknya fokus kepada dasar kerajaan.
“Kita bincang panjang lebar di mana kesalahan kita. Kita dapati kita tidak ada kesalahan tapi komunikasi kurang baik walaupun kita jumpa banyak media, kita terangkan kejayaan kita kepada media, tapi mereka tanya soalan lain supaya ada kotreversi. Media suka kontreversi,” tambahnya sambil memberi jaminan tidak akan mengekang kebebasan bersuara media.
Selain wujud pihak ekstremis, Perdana Menteri dalam masa yang menganggap UMNO dan Pas sebagai agennya.
“Saya berpendapatan bahawa puak ekstrim ini tidak bersyukur Malaysia ini aman walaupun ada masalah sikit sebanyak, berkenaan kaum dan agama tapi tidak begitu serius seperti negara lain.
“Mereka (UMNO dan Pas) ini nak main isu kaum dan agama. Ini tidak sihat bagi negara kita.” ujarnya.-MalaysiaGazette
SILA BUKTIKAN ATAU ADA HANYA BERCAKAP KOSONG BUBARKAN PARLIMEN KALAU BERANI