LONDON – Roma mengesahkan telah menandatangani pemain pertahanan Manchester United secara pinjaman.
Daily Mail melaporkan, The Giallorossi itu akan membayar kelab Liga Perdana Inggeris itu sebanyak 2.8 juta paun sebagai nilai perjanjian untuk mendapatkan Chris Smalling.
Pemain berusia 29 tahun itu bakal memakai jersi No.6 bersama kelab Serie A ini.
“Ini adalah peluang terbaik buat saya untuk bermain dengan liga baharu, pasukan besar yang mempunyai aspirasi yang memang saya perlukan.
“Saya tidak sabar untuk bertemu dengan rakan sepasukan,” jelas Smalling di laman web kelab itu.
Pengarah Roma, Gianluca Petrachi pula berkata pihaknya berbesar hati untuk membawa pemain seperti Chris yang mempunyai banyak pengalaman.
“Kami yakin dia akan membantu skuad dan semua pemain yang bermain bersamanya,” katanya.
Sementara itu pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menjelaskan punca dia membenarkan perpindahan sementara itu.
“Buat masa sekarang kami sudah mempunyai enam pemain pertahanan dan
Chris sangat istimewa kerana mendapatt peluang di sana menimba pengalaman serta cabaran baharu,” katanya. – MalaysiaGazette