Home Nasional Kempen ‘Beli produk Muslim dulu’, bukannya ‘Boikot barangan bukan Bumiputera’

Kempen ‘Beli produk Muslim dulu’, bukannya ‘Boikot barangan bukan Bumiputera’

Datuk Takiyuddin Hassan. foto FAREEZ FADZIL.

KUALA LUMPUR – Kempen ‘Beli produk Muslim dulu’ akan membantu usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan luar bandar lebih berdaya saing.

Sambil membetulkan menyatakan bahawa kempen tersebut bukannya kempen ‘Boikot barangan bukan Bumiputera’, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kajian menunjukkan kempen menyokong produk Muslim akan mebawa kesan positif kepada limpahan ekonomi yang lebih luas.

Katanya, dengan menjadikannya lebih berdaya saing, kempen tersebut akan meberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat terutama golongan muda yang kini ramai tidak mempunyai pekerjaan.

“Kenyataan Setiausaha Agong DAP merangkap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan kefahaman beliau tentang isu ‘Boikot Barangan bukan Bumiputera’ adalah kurang tepat.

“Bagi Pas kempen ‘Beli produk Muslim dulu’ adalah satu tindakan yang inklusif dan kompetitif dalam konteks perniagaan dan harus dilihat secara positif,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Takiyuddin, kempen tersebut juga akan membawa kepada kitaran ekonomi ummah, termasuk bukan Islam, yang lebih progresif umpamanya dalam hal zakat, sedekah dan waqaf. – MalaysiaGazette