Home Nasional Kerajaan tak benarkan GoJek monopoli

Kerajaan tak benarkan GoJek monopoli

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (tengah) bersama Penulis Buku My Journey By Bus, Lam Ching Fu (kiri) meluangkan masa melihat gambar-gambar pameran pada Majlis Pelancaran Buku dan Pameran My Journey By Bus di RexKL, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 03 SEPTEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan teksi motosikal tidak akan dikhususkan kepada syarikat Gojek sahaja untuk beroperasi di negara ini.

Sebaliknya menurut Menteri Pengangkutan, Anhotny Loke, kerajaan akan memastikan tidak akan berlaku monopoli syarikat sekiranya ia dilaksanakan kelak.

Malah tambah Anthony, syarikat tempatan terbuka untuk menjadi sebahagian daripada perkhidmatan itu kelak.

Namun ujarnya semua syarikat yang membuat permohonan kelak perlu mematuhi undang-undang yang akan ditetapkan.

“Saya rasa banyak orang keliru. Kabinet bukan memberikan kelulusan kepada GoJek, kabinet memberikan kelulusan prinsipal untuk membenarkan motosikal e-hailing ataupun teksi motor. Konsep itu dibenarkan.

“GoJek adalah salah satu daripada syarikat (teksi motor) jadi kita alu-alukanlah. Kalau kita benarkan teksi e-hailing mana-mana syarikat yang nak beroperasi mereka boleh (cuba) dengan kerangka undang-undang kita.

“Bila kita ada itu mana-mana teksi motor boleh pohon untuk beroperasi sama ada GoJek,  Dego Ride, Grab sesiapa boleh. Kita juga menggalakkan syarikat tempatan berkecimpung bila ia dikenalkan” katanya Anthony berkata demikian ketika hadir di Majlis Perasmian Pameran ‘My Journey By Bus dan pelancaran buku itu di RexKL hari ini.

Menurut Anthony, bukan mudah melaksanakannya kerana akan melibatkan pindaan beberapa undang-undang dan beliau dalam masa yang menjangka teksi motosikal akan beroperasi dalam suatu tempoh percubaan sebelum ia betul-betul dilaksanakan.

“Bila kita ada undang-undang itu tidak semudahnya untuk beroperasi kita perlu buat percubaan dalam satu tempoh tertentu, kenal pasti kawasan yang sesuai dijadikan percubaan

“Sebab nak tukar undang-undang kena pergi ke parimen yang tidak bersidang setiap hari tapi tiga kali setiap tahun ada keperluan meminda Akta Pengangkutan Jalan dan akta-akta yang lain yang berkaitan pemberian perkhidmatan Pengangkutan awam,” ujarnya.- MalaysiaGazette