NEW YORK – Juara bertahan Tenis Terbuka Amerika Syarikat, Naomi Osaka ditunjukkan jalan keluar apabila kalah mengejut di tangan pemain Switzerland Belinda Bencic, 7-5 6-4.
Kekalahan itu bakal menyaksikan Osaka kehilangan kedudukan nombor satu dunia dan ia bakal diambil alih pesaing terdekatnya, Ashleigh Barty dari Australia.
Bencic yang menduduki rangking ke-13 dunia akan menentang Donna Vekic pada suku akhir.
Ratu tenis Croatia yang menduduki rangking ke-23 dunia itu berjaya menundukkan Julia Gorges dari Jerman 6-7 (5-7) 7-5 6-3 dalam masa dua jam 42 minit. – MalaysiaGazette