SINGAPURA – Seorang lelaki yang memuatnaik gambar di Instagram mencium pakaian wanita sudah didakwa dan kini direman di Institut Kesihatan Mental untuk pemerhatian psikiatri.
Tertuduh, Lim Wei Ming, yang tidak diwakili peguam, memberitahu Hakim Daerah, Adam Nakhoda: “Saya telah menyedari kesilapan saya dan disebabkan kesilapan saya, ibu saya menderita”.
Ini adalah kali pertama Lim, 34, dituduh di mahkamah bulan lepas.
Lelaki itu didakwa menyebabkan rasa jelek kepada orang ramai selepas memuatnaik gambarnya sedang mencium dan melakukan “perbuatan jahat” pada 9.20 malam di Choa Chu Kang pada 15 Ogos lalu.
Gambar-gambar itu menjadi tular pada lewat malam pada hari kejadian dan polis menahannya pada keesokan harinya.
Dalam satu kenyataan awal, polis berkata, pihaknya menerima beberapa laporan mengenai perbuatan lelaki itu.
Lim juga telah bertindak menarik balik gambar-gambar dari akaun Instagramnya.
Kes Lim akan disebut semula pada 25 September.
Pesalah yang disabitkan menjadi gangguan awam boleh didenda sehingga S$1,000 (RM3,029). – MalaysiaGazette