Home Ekonomi Stok minyak AS naik, harga minyak dunia turun

Stok minyak AS naik, harga minyak dunia turun

Gambar hiasan

TOKYO – Harga minyak dunia jatuh selepas meraih keuntungan kukuh pada sesi sebelumnya selepas stok minyak Amerika Syarikat naik minggu lalu.

Sebelum ini, stok minyak Amerika Syarikat diramal merosot.

Minyak mentah Brent turun 0.3%, pada AS$ 60.52 setong pada 0040 GMT. Pada hari Rabu, Brent naik 4.2 peratus.

West Texas Intermediate susut 0.4% kepada AS$56.03 setong selepas melonjak 4.3 peratus pada sesi sebelumnya. Kenaikan itu adalah peningkatan dalam tempoh hampir dua bulan.

“Kenaikan harga minyak terhenti selepas lonjakan mengejutkan dalam tinjauan inventori Institut Petroleum Amerika Syarikat menyebabkan momentum menaik terhentu,” kata Stephen Innes, Strategi Pasaran Asia Pasific di AxiTrader.

Stok minyak mentah Amerika Syarikat naik minggu lalu sementara gasolin susut .

Stok minyak Amerika Syarikat meningkat sebanyak 401,000 setong pada minggu berakhir 30 Ogos lalu kepada 429.1 juta, berbanding jangkaan penganalisis penurunan sebanyak 2.5 juta tong.

Manakala stok minyak mentah di Cushing, Oklahoma, hab penghantaran susut sebanyak 238,000 tong manakala minyak tapisan jatuh 306,000 tong sehari.

Harga minyak naik pada hari Rabu selepas sektor perkhidmatan China berkembang pada kadar pantas dalam tempoh tiga bulan susulan jumlah tempahan meningkat.

China adalah pengguna kedua terbesar minyak dan pengimport terbesar. – MalaysiaGazette