Home Nasional GCE tutup jalan Ahad ini

GCE tutup jalan Ahad ini

KUALA LUMPUR – Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada acara GCE-ELMINA Duathlon 2019 anjuran Kumpulan Syarikat Prolintas pada hari Ahad, 8 September 2019 ini.

Penutupan sementara itu dijadualkan bermula jam 3 pagi dan dibuka semula untuk orang ramai pada jam 3 petang tarikh yang sama melibatkan semua persimpangan masuk dan keluar bermula dari Plaza Tol Bukit Jelutong hingga Plaza Tol Lagong.

Pengguna dari utara yang menuju ke Shah Alam, Klang dan selatan dinasihatkan supaya menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (NSE) dan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE).

Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1-300-88-0035 untuk sebarang pertanyaan dan mendapatkan info trafik terkini menerusi laman Twitter di @GCEtrafik. – MalaysiaGazette