KUALA LUMPUR – Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berseloroh akan memberikan slot temubual eksklusif kepada wakil media sekiranya dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri dalam rombakan kabinet.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagaimanapun tidak maklum tentang ura-ura akan dilantik jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sekarang.
“Pasal rombakan kabinet, portfolio di luar jangkaan dan pengetahuan saya.
“Seandainya berlaku? Sekarang berlaku atau belum? Belum (jadi tak perlu komen). Kalau berlaku nanti saya beri interbiu khas,” katanya kepada pemberita hari ini.
Sebelum itu, khabar angin mengatakan rombakan pertama dalam kabinet Pakatan Harapan akan berlaku dan portfolio beberapa kementerian akan ditukar.
Selain mengatakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang akan menggantikan Muhyiddin, sebuah portal memetik sumber berkata, Lim Guan Eng juga bakal digugurkan daripada Kementerian Kewangan dan berpindah ke portfolio baharu.
Saifuddin tidak mahu mengulas lanjut kerana hormat kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
“Saya tidak mahu cetus apa-apa spekulasi saya harus hormat bidang kuasa Perdana Menteri,” tambahnya. -MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: