Home Nasional PM India hantar ciapan Bahasa Melayu

PM India hantar ciapan Bahasa Melayu

KUALA LUMPUR- Ketika di Malaysia sedang kecoh berdebat mengenai cabaran berbahasa Melayu yang dimulakan oleh seorang usahawan dan selebriti Melayu tetapi pelat berbahasa kebangsaan, Presiden India, Narendra Modi dengan bersahaja menghantar ciapan di Twitter rasminya menggunakan Bahasa Melayu selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Telah mengadakan pertemuan yang baik dengan Tun. Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia. Kami berbincang mengenai hubungan dua hala antara negara kami dan cara mempelbagaikan kerjasama @chedetofficial,” katanya.

Ciapan tersebut turut disusuli oleh terjemahan dalam ciapan Bahasa Inggeris.

Mahathir dan Modi bertemu ketika kedua-duanya menghadiri Sidang Kemuncak Ekonomi Timur di Vladivostok, Rusia yang berlangsung selama tiga hari.

Ini bukan kali pertama Modi menyiarkan ciapan dalam bahasa kebangsaan pemimpin dunia yang ditemuinya.

Sebelum ini, beliau pernah menghantar ciapan berbahasa Jepun selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri negara tersebut, Shinzo Abe.

Malah, Modi turut menyiarakan satu ciapan dalam Bahasa Mongolia selepas mengadakan pertemuan dengan presiden negara berkenaan, Khaltmaagiin Battulga. – MalaysiaGazette