BUENOS AIRES 6 Sept. – Legenda Argentina, Diego Maradona disahkan akan mengambil alih jawatan jurulatih kelab Superliga, Gimnasia, lapor kelab tersebut.
“Selamat datang Diego! Setiap penjuru di kelab tercantik di dunia ini akan menyambut kehadiran anda,” kata kelab Argentina itu di laman webnya.
Bekas jurulatih Argentina itu sebelum ini mengemudi kelab divisyen kedua Mexico, Dorados.
Namun pada Jun lalu dia melepaskan tugas atas masalah kesihatan selepas sembilan bulan. – MalaysiaGazette