KUALA LUMPUR – Sepatutnya orang Melayu sedar terhadap apa yang berlaku kepada mereka. Malangnya mereka tidak sedar.
Perdana Mdenteri berkata, sehingga sekarang pun orang Melayu masih tidak sedar. Mereka masih enggan bekerja.
Malah menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, orang Melayu masih enggan bekerja malah mereka masih rela serah segala kerja kepada orang asing menyebabkan orang asing membanjiri negara ini mencari pekerjaan.
“Tujuh juta orang asing masih berada di sini sekarang ini. Mereka bekerja. Apakah akan terjadi kepada orang Melayu.
“Tentulah apa yang sudah jadi dahulu kepada negara dan orang Melayu, yang akan terus jadi,” katanya dalam blog chedet bertajuk ‘Tak Bekerja’ sambil menambah ada yang mendakwa orang Melayu adalah Tuan.
“Tuan apa? Orang miskin, orang yang tidak ada kebolehan, orang yang bergantung kepada belas kasihan orang lain, Tuankah,” tambah beliau.
Menurut Dr. Mahathir, nasib orang Melayu terletak di tangan mereka sendiri dan memarahi orang lain tak akan menyelesai masalah mereka.
Malah, katanya, bilangan orang Melayu juga dikatakan bertambah namun bilangan orang Melayu yang miskin juga besar kerana tidak dapat bersaing dengan jumlah kecil orang yang kaya gara-gara sikap ambil mudah.
Dr. Mahathir berkata, ini kerana orang Melayu berasa senang kerana menganggap kerja berat, kotor dan berbahaya serta perniagaan dilakukan oleh orang asing dan hilang kekhuatiran dengan kekayaan dan kemajuan orang asing. – MalaysiaGazette