KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini membuat satu laporan polis terhadap penganalisis politik, Raja Petra Kamaruddin dan Naib Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena, Noran Zamini Jamaluddin yang didakwa menabur fitnah terhadap parti itu.
Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa berkata, kata-kata itu tidak pernah disampai oleh beliau dan tindakan ini nyata memburukkan parti.
“Saya buat laporan polis berkaitan satu video ceramah oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena, Noran Zamini Jamaluddin merujuk posting laman sosial facebook ke atas penganalisis politik, Raja Petra Kamaruddin yang dipercayai berkata ‘In the spirit of PKR press conference today muslim preacers must no longer said that the Quran is the true book.
“Jadi sebenarnya tidak pernah pun saya cakap, tetapi dia rujuk dari satu kenyataan media Biro Politik yang saya bacakan dalam satu sidang media pada 21 Ogos lalu.
“Kenyataan Raja Petra itu pun banyak dilanjutkan kepada saya tapi saya diamkan diri, tapi dua hari lepas saya dapat maklumat bahawa Noran Zamini pula membacakan kenyataan Raja Petra tapi itu seolah-olah kenyataan parti jadi kerana ia telah banyak dilanjutkan kepada saya, maka saya rasa ini tindakan yang memburukkan parti dan secara tidak langsung saya juga terpalit,” katanya di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Justeru itu, beliau menggesa agar polis membuat siasatan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua individu ini.
“Itu kita akan bincang dengan pihak parti, dan peguam parti tentang tindakan perundangan tetapi ini adalah laporan polis yang kita buat dan gesa agar lakukan siasatan,” katanya.
Di Facebook Malaysia Sentral, Noran Zamini Jamaluddin dalam satu program berjudul PKR Larang Al-Quran Digelar Sebagai Kitab Sebenar? berkata ‘In the spirit of PKR press conference today, atas semangat gabungan PH menegaskan bahawa muslim preacers no longer said that the Quran is the true book,” ulas Noran. – MalaysiaGazette