Home Ekonomi Harga petrol dan diesel kekal

Harga petrol dan diesel kekal

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor memberi jaminan bekalan petrol dan diesel di negeri ini mencukupi.
Foto hiasan

KUALA LUMPUR- Harga bahan api RON97, RON95 dan diesel kekal masing-masing pada paras RM2.50, RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh 7 September sehingga 13 September ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan pengiraan APM, harga bahan api bersubsidi RON95 sepatutnya adalah RM2.20 seliter manakala diesel pula RM2.26 seliter.

Bagaimanapun harga kedua-dua bahan api tersebut dikekalkan pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter seperti mana yang telah dijanjikan kerajaan.

Disebabkan pengekalan harga dua bahan api tersebut, kerajaan terpaksa menanggung anggaran subsidi sebanyak RM52.61 juta bagi tempoh 7 September 2019 sehingga 13 September 2019.-MalaysiaGazette