Home Sukan F1: Penasihat Teknikal Mercedes berundur

F1: Penasihat Teknikal Mercedes berundur

Aldo Costa meninggalkan Pasukan F1 Mercedes akhir September ini.

LONDON – Aldo Costa yang selama ini menjadi kunci kejayaan Mercedes mendominasi dunia Formula 1 akan meninggalkan pasukan akhir September ini.

Costa telah memainkan peranan sebagai penasihat Teknikal Mercedes selepas menyertai pasukan itu sebagai Pengarah Kejuruteraan pada 2011.

Beliau berjaya membawa impak yang menyaksikan pasukan Mercedes dengan pelumba handalan Britain, Lewis Hamilton berjaya menjuarai dunia sejak tahun 2014 hingga tahun 2018.

Costa akan menyertai syarikat Dallara yang merupakan pakar pembangunan kereta perlumbaan sebagai Ketua Pegawai Teknik pada Januari 2020.

Costa juga pernah berkhidmat bersama skuad Ferrari bermula tahun 1995 era juara dunia tujuh kali F1 Michael Schumacher.

Selepas pasukan Scuderia gagal menyaingi kehebatan Red Bull pada pertengahan musim 2011, Costa meninggalkan Ferrari.- MalaysiaGazette