ROM – Pasukan Formula Satu (F1) Ferrari mengakui pasukan itu tidak berupaya mempertingkatkan prestasi enjinnya untuk bersaing dengan Mercedes pada musim ini.
Pelumbanya, Charles Leclerc memacu Ferrari kepada kemenangan pertama pada Grand Prix Belgium minggu lalu.
Namun Pengurus pasukan, Mattia Binotto mengakui kelemahan asas jentera mereka akan berterusan sepanjang musim ini.
Binotto mengakui jurang prestasi antara Mercedes dan Ferrari adalah sangat besar untuk dirapatkan pada musim ini.
“Saya tidak rasa kita mampu mengenalpasti dan menangani masalah utama kenderaan kita sebelum akhir musim ini.
“Sebab jurang yang ada antara kedua dua pasukan utama ini begitu besar dan sukar untuk kita tutup segera dan tak mungkin kami boleh mengejar mereka.
“Bagaimanapun kita mampu menangani situasi itu pada akhirnya nanti dan kita dalam proses mengenalpasti kelemahan itu,” katanya selepas sesi latihan pertama di Litar Monza semalam. – Agensi