Home Nasional Malindo Air perlu semak semula SOP proses temuduga

Malindo Air perlu semak semula SOP proses temuduga

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berucap seterusnya merasmikan Malaysia Property Exposition (MAPEX) 2017 di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 15 APRIL 2017

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan telah meminta Malindo Air menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan proses temuduga yang dijalankan untuk calon-calon anak kapal wanita.

Menterinya, Datuk Seri Liong Tiong Lai berkata, pada masa sama, syarikat penerbangan premium itu dinasihatkan tidak melakukan perkara yang menceroboh hak peribadi seseorang.

“SOP temuduga adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Penerbangan (Mavcom).

“Dan bukannya Jabatan Penerbangan Awam (DCA) yang berkaitan hanya bagi perkara-perkara teknikal.

“Bagaimanapun, kementerian telah meminta Malindo Air menyemak semula SOP mereka,” katanya di sini hari ini.

Tiong Lai diminta mengulas tindakan kementerian terhadap Malindo Air berkaitan isu proses temuduga baru-baru ini.

Seorang calon yang hadir temuduga mendakwa Malindo Air telah memintanya membuka baju dalam ketika menjalani salah satu prosedur temuduga syarikat penerbangan itu. – MalaysiaGazette