Home Dunia Polis tembak mati dua anak sendiri

Polis tembak mati dua anak sendiri

Pasukan forensik menjalankan siasatan di lokasi tembakan yang menyaksikan tiga orang terbunuh di bandar Dordrecht. foto Agensi

DORFRECHT – Tiga maut dan seorang lagi cedera parah dalam kejadian tembakan di daerah Heimerstein di sini,

Akhbar De Telegraaf melaporkan lelaki yang melepaskan tembakan itu mungkin seorang polis.

Insiden itu membabitkan tembakan ke atas keluarganya.

Namun, setakat ini maklumat itu belum disahkan.

Suspek turut dipercayai menembak dirinya sendiri.

Manakala akhbar BN DeStem pula melaporkan dua mangsa lagi adalah kanak-kanak berusia lapan dan 12 tahun.

Suspek dan pasangannya dikatakan sudah berpisah tetapi masih tinggal bersama.

Polis Rotterdam dalam Twitternya mengesahkan kes berkenaan dan memaklumkan pasukan forensik sudah pun berada di tempat kejadian.

Dordrecht terletak kira-kira 20 kilometer dari tenggara Rotterdam dan mempunyai penduduk seramai 120,000 orang. – MalaysiaGazette