Home Utama DAP pun ada peranan promosi BMF, kata Najib

DAP pun ada peranan promosi BMF, kata Najib

Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menempelak Pakatan Harapan (PH) dan DAP kerana menyalahkan UMNO, Pas, MCA dan MIC dalam kempen beli barangan Muslim atau buy Muslim first (BMF).

Ini kerana, katanya, PH dan DAP yang memainkan peranan penting dalam mempromosikan BMF.

Menurut beliau, Malaysiakini yang membuat kaji selidik kempen BMF mendapati jumlah peserta BMF dalam grup Facebook yang ditubuhkan pada Disember tahun lalu hanya 10,000 orang sahaja

Namun, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menimbulkan isu BMF ini pada 30 Ogos 2019, jumlah peserta grup berkenaan melonjak 100,000 orang pada malam itu juga.

Jumlah itu melonjak kepada 500,000 apabila Lim Kit Siang, Penasihat DAP menyebut tentang isu ini, diikuti dengan tindakan Lim Guan Eng yang membidas Pas dan UMNO tanpa sebab, selain mencabar pembeli jangan beli telefon bimbit.

“Akibatnya, jumlah peserta group meningkat lagi ke satu juta orang pada 3hb September. Saya diberiitahu bahawa jumlah member dalam group itu sudah cecah 1.6 juta orang hari ini,” kata Najib.

Maka, bekas Perdana Menteri itu berkata, ia terbukti bahawa PH dan DAP memainkan peranan paling penting mempromosikan kempen BMF ini.

“Tapi PH ada hati nak salahkan UMNO, PAS, MCA dan MIC pulak,” ujarnya. – MalaysiaGazette