WASHINGTON β Rundingan di antara Amerika Syarikat (AS) dengan pemimpin-pemimpin Taliban ditamatkan pada Isnin.
Dalam pada itu, jeneral bertugas berkata, tentera AS dilihat akan meningkatkan operasi di Afghanistan bagi membalas serangan daripada Taliban.
Presiden Donald Trump membatalkan rundingan dengan Taliban yang dijadualkan pada hujung minggu ini di Kem David, Maryland selepas seorang askar AS terbunuh dalam satu serangan berani mati di Kabul minggu lepas.
βIa (rundingan) telah ditamatkan. Apa yang saya tahu, rundingan tersebut telah mati,β kata Trump kepada pemberita yang bertanyakan beliau mengenai rundingan tersebut sebelum Presiden AS itu meninggalkan White House untuk ke North Carolina.
Trump berharap supaya dapat memuktamadkan rundingan yang sudah berjalan sejak beberapa bulan lalu dengan sebuah mesyuarat rahsia di Kem David yang turut akan disertai oleh Presiden Afghan, Ashraf Ghani.
Rundingan itu juga bermatlamat untuk memeterai perjanjian bagi menarik balik pasukan ketenteraan AS daripada perang selama 18 tahun itu.- Agensi