KUCHING – Kualiti udara di Sarawak semakin baik dengan satu kawasan sahaja merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat pada pagi ini.
Pada jam 8 pagi tadi, Sri Aman mencatatkan IPU 201 manakala Kuching dan Samarahan menyaksikan penurunan IPU kepada masing-masing 160 dan 127.
Baki 10 kawasan lagi di negeri itu mencatatkan paras IPU di antara 53 hingga 77.
Mengikut Jabatan Alam Sekitar, IPU dikategorikan kepada baik (0-50), sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan merbahaya (301 dan ke atas).-MalaysiaGazette