Home Nasional Polis siasat ugut bunuh wartawan

Polis siasat ugut bunuh wartawan

polis-640x427

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat laporan seorang wartawan wanita Berita Harian yang mendakwa beliau diugut bunuh menerusi emel baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Arifai Tarawe ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan daripada wartawan berkenaan semalam.

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan (membuat ugutan jenayah),” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Chin Sung Chew menuntut supaya polis menjalankan siasatan secepat mungkin terhadap tindakan mengugut bunuh wartawan tersebut.

“NUJ amat prihatin mengenai insiden ini dan akan terus memantau keselamatan wartawan,” katanya. – MalaysiaGazette

7078d65c9b8836a746a492b5cc5c378c?s=150&d=mp&r=g
+ posts