KUALA LUMPUR – Dengan pelaksanaan Program Pengkhususan Pengendalian Hadhanah dan Nafkah serta Bahagian Penguatkuasaan di Mahkamah Syariah diharap golongan lebih ramai wanita akan tampil ke depan.
Ketua Hakim Syarie yang juga Ketua Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Datuk Dr. Mohd Naim Mokhtar berkata, ini kerana program itu diperkasakan demi memberi kemudahan kepada banyak kes yang sebelum ini menerima rungutan khususnya melibatkan masa yang panjang.
“Bila sistem ini diperkasakan dan penyampaian sistem keadilan dapat dipertingkatkan melibatkan tempoh masa, kita jangkakan jumlah kes bertambah.
“Kita nak pastikan di luar sana isteri yang tidak mendapat nafkah dan isu penjagaan anak tampil ke depan kerana ini memudahkan rakyat khususnya di Wilayah Persekutuan,” katanya ketika sidang media hari ini.
Sepanjang diwujudkan program ini diwujudkan di Mahkamah Syariah sejak 3 September baru-baru ini sebanyak sembilan kes yang berkaitan dengan hadhanah dan nafkah telah didaftarkan.
Mahkamah Syariah juga menyasarkan tempoh masa dikurangkan kepada sekurang-kurangnya enam bulan untuk kes yang berkaitan berbanding sebelum ini.
“Jika sebelum ini ktia perlukan 14 bulan dan lebih menyelesaikan kes berkaitan tapi dengan adanya program ini kita sasarkan enam bulan akan selesai,” katanya lagi.
Program itu tambahnya memperkasakan Majlsi Sulh yang berfungsi sebagai medium perdamaian untuk bekas pasangan suami dan isteri mendapat persetujuan menerusia suatu tuntuan, tanpa perlu melalui proses perbicaraan mahkamah.
Sebanyak 19 kes yang boleh dirujuk di bawah Majlis Sulh ini termasuklah tuntutan ganti rugi pertunangan, tuntutan harta sepencarian, nafkah pihak tidak upaya, nafkah anak, tunggakan, dan hadhanah.-MalaysiaGazette