Harimau Malaya gagal dalam misi untuk menamatkan badi 37 tahun untuk menang ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas kalah tipis 1-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.
Kali terakhir Malaysia menundukkan UAE adalah pada tahun 1982 dalam Piala Merdeka dan AFC Asian Cup 1980 dalam 12 pertemuan antarabangsa dan malam ini gagal mengubah sejarah.