KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas dipercayai didera fizikal dan seksual oleh pengasuh dan suami pengasuhnya di sebuah rumah, di Kandang Melaka semalam.
Astro Awani melaporkan, difahamkan, kanak-kanak malang yang sebelum ini dibesarkan oleh ibu saudaranya itu baharu dua bulan diserahkan kepada pasangan suami isteri berkenaan.
Menurut sumber, kanak-kanak itu dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Melaka sekitar jam 2 pagi selasa selepas tidak sedarkan diri sebelum Pegawai perubatan yang menggendalikan kes berkenaan cuba memberikan bantuan pernafasan (CPR).
“Sebelum ini mangsa sejak kecil dipelihara oleh ibu saudaranya. Bagaimanapun wanita itu ke Terengganu atas urusan kerja dan terpaksa menyerahkan sementara kepada pasangan suami isteri ini sejak hujung julai lalu,” katanya.
“Kita masih menunggu laporan bedah siasat terhadap kanak-kanak itu yang dijalankan hari ini di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka.
“Kes disiasat mengikut seksyen Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan the Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.
— ASTRO AWANI