Home Seni Hidup Konsert perangi rasuah 22 Sept ini

Konsert perangi rasuah 22 Sept ini

Logo Transparency International Malaysia

KUALA LUMPUR – Transparency International Malaysia (TI-M) akan menganjurkan konsert kutipan dana pada 22 Sept ini yang bertujuan memupuk nilai-nilai moral yang baik terhadap orang awam dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang bebas rasuah.

Presiden TI-M Dr Muhammad Mohan dalam kenyataan hari ini berkata konsert bertemakan Towards A Brighter Tomorrow itu akan diadakan di Damansara Arts Centre, Petaling Jaya.

“Kami gembira untuk bekerjasama dengan Voice of Hope KL (VOHKL) dan pelawak Monti yang bersetuju untuk membantu kami dengan konsert itu.

“Kami tidak sabar untuk memainkan peranan dalam usaha murni ini dan menggalakkan mereka yang pernah menonton kami pada persembahan lepas dan mereka yang ingin membuat kelainan dalam memerangi rasuah supaya menyertai kami pada 22 Sept ini dari 3 hingga 5 petang,” katanya.

Tiket untuk konsert itu berharga RM110 dan maklumat lanjut boleh layari www.transparency.org.my atau hubungi 03-7960 6630.

— BERNAMA