Home Sukan Saya bosan di Arsenal

Saya bosan di Arsenal

Henrikh Mkhitaryan.

ROME – Henrikh Mkhitaryan meluahkan rasa hati yang tersimpan selama ini mengenai situasi yang dialami ketika berada di Arsenal.

Pemain antarabangsa Armenia itu mendakwa hilang keseronokan bermain bola sepak bersama kelab London itu.

Mkhitaryan melalui karier yang kurang memberangsangkan di Arsenal dan pada jendela perpindahan yang lalu, dia dipinjamkan ke kelab Serie A iaitu AS Roma.

“Sekarang saya di Rome dan sangat fokus apabila bermain bola sepak bersama kelab hebat.

“Saya mahu mengubah keadaan dan ini adalah peluang yang tidak boleh saya lepaskan.

“Saya menikmati bola sepak di mana sahaja saya bermain. Saya seorang yang bercita-cita tinggi dan saya datang ke Roma untuk menang,” katanya.

Mkhitaryan yang merupakan bekas pemain Manchester United adalah sebahagian daripada perjanjian untuk mendapatkan Alexis Sanchez.

Ketika itu, ejennya pernah memberitahu bahawa Mkhitaryan tidak mahu ke Arsenal dan mahu kekal di United.

Namun keadaan memaksa dia untuk menerima perpindahan selepas Jose Mourinho menyatakan Mkhitaryan tidak ada dalam perancangan pasukannya. – MalaysiaGazette