KUALA LUMPUR – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) akan menyalurkan bantuan kepada 110,600 golongan yang kurang berkemampuan sepanjang tahun ini.
Ia disalurkan menerusi Program Foodbank 1.0 yang julung kalinya diadakan tahun ini dengan peruntukan RM4 juta untuk tempoh setahun.
Objektif program ini menurut Ahli Lembaga Pengarah YaPEIM, Dr Rosli Yaakop adalah untuk meringankan bebanan yang ditanggung golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40).
“Antara yang diberikan adalah barangan keperluan asas, termasuk makanan,” katanya ketika berucap di Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (PICOMS) Kampus Batu Muda.
Selain golongan B40 menjadi sasaran para pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang telah dikenal pasti memerlukan bantuan juga merupakan golongan sasaran yayasan ini.
Sehingga September 12 September 2019, seramai 1,018 orang yang menikmati bantuan daripada program ini dengan peruntukan RM38,800.
Manakala hari ini, YaPEIM menghulurkan bantuan Makanan Ready To Eat yang termasuk dalam program ini, kepada 218 pelajar PICOMS.
Pelaksanaan program itu menurut Rosli hasil kerjasama pelbagai agensi yang bernaung di Menteri di Jabatan Perdana Menyeri (Hal Ehwal Agama).
“Dengan matlamat meraih manfaat hasil daripada aktiviti amal jariah serta kebajikan yang dijalankan dan kerjasama strategik pelbagai pihak seperti pusat zakat negeri, masjid, surau dan persatuan penduduk,” katanya.
Untuk rekod, agihan keperluan asas yang pertama kali dibuay di Kuantan pada 8 September yang lalu dengan 6,000 jumlah penerim sumbangan di Kuantan selain jelajah ke Kelantan.
YaPEIM akan ke Kuching sebagai jelajah seterusnya sebagai usaha berterusan membantu golongan memerlukan. -MalaysiaGazette