KUALA LUMPUR – “Saya melihat penyatuan ummah ini dalam konteks gabungan orang Melayu dan umat Islam dari kedua-dua parti ini. UMNO ada tiga juta ahli, Pas ada satu juta ahli.
“Jika digabungkan, jumlah undi sudah empat juta, belum termasuk undi dari penyokong kedua-dua parti dan yang tidak berparti,” katanya dalam program Wacana Intelektual sempena Himpunan Penyatuan Ummah di Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.