Home Nasional Kerjasama UMNO danPas untungkan Najib, Ahmad Zahid

Kerjasama UMNO danPas untungkan Najib, Ahmad Zahid

A. Kadir Jasin

KUALA LUMPUR – Kerjasama UMNO dan Pas disifatkan hanya menguntungkan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Wartawan veteran, Datuk A. Kadir Jasin berkata, pada awalnya beliau menyangka kempen penyatuan dua parti Melayu terbesar negara itu bagi memanfaatkan peningkatan kesedaran Islam.

Bagaimanapun, sekarang sudah jelas dengan ‘ketuas’ (ketua-ketua UMNO) di hadapan, Himpunan Ummah itu dianjurkan bagi faedah kepada kedua-duanya dan para penyokong.

Kadir merujuk ‘ketuas’ kepada Najib dan Ahmad Zahid yang kini berdepan dengan pertuduhan di mahkamah.

Dakwanya, Pas telah diheret imtuk memberi justifikasi dan sebagai bukti persahabatan yang mendalam antara pemimpin Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Najib.

Buktinya, terdapat lebih ‘ketayap putih’ daripada ‘songkok hitam’ dalam perhimpunan tersebut, sekali gus mencadangkan keberkesanan Pas sebagai sebuah organisasi.

Katanya, walaupun Abdul Hadi bertindak sebagai ‘pihak ketiga terhadap Najib dan Ahmad Zahid, Pas bakal mendapat manfaat daripada “pertunangan” itu kerana kepimpinannya kukuh dan organisasi akar umbinya komited.

Kali terakhir Pas ‘berkahwin’ dengan UMNO setelah pilihan raya umum 1969, ia menggunakan kedudukan kerajaannya untuk membuka cawangan di Felda menyebabkan rasa kurang senang UMNO.

Tetapi, pada tahun 1977 Perdana Menteri yang baru, Tun Hussein Onn, menendangnya keluar dari Barisan Nasional.

UMNO pula berpecah lagi daripada gabungan bersama Pas.

Malah, beberapa pemimpin utama parti itu kelihatan tidak hadir dari perhimpunan tersebut. – MalaysiaGazette