HONG KONG – Polis terpaksa menggunakan meriam air dan gas pemedih mata selepas para penunjuk perasaan melemparkan bom petrol dan batu berhampiran pejabat kerajaan.
Keganasan itu berlaku selepas beribu-ribu penunjuk perasaan pro-demokrasi berarak, melanggar larangan polis.
Beratus-ratus penunjuk perasaan melakukan demonstrasi di luar Konsulat British, menuntut negara itu memberi tekanan kepada China untuk mengekalkan kebebasan yang dijamin semasa penyerahan pada tahun 1997.
Demonstrasi di Hong Kong sudah berlangsung berbulan-bulan dicetuskan oleh rang undang-undang ekstradisi pesalah ke China.
Tetapi rang undang-undang itu sudah dibatalkan.
Para penunjuk perasaan juga melemparkan batu di pada polis di luar pangkalan tentera yang kedudukannya berhampiran dengan Parlimen.
Mereka turut membakar sepanduk yang mengumumkan ulang tahun ke-70 penubuhan Republik Rakyat China, lapor agensi berita Reuters.
Penunjuk perasaan menggunakan payung – simbol gelombang protes 2014 – untuk melindungi diri mereka dari meriam air
Manakala sebuah trak meriam air terbakar selepas terkena bom petrol, kata Reuters.
Salah satu meriam air menembak air berwarna, yang telah digunakan di tempat lain di dunia untuk mengenal pasti penunjuk perasaan pada kemudian hari. – MalaysiaGazette