KUALA LUMPUR – Meskipun pada tahun lalu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani memaklumkan harga telur turun 2 sen tetapi hakikatnya pada masa ini harga telur masih lagi tinggi.
Data terbaru harga telur di ladang yang diterbitkan oleh Jabatan Veterinar menunjukkan telur ayam gred AAA adalah 40 sen sebiji, gred C 37sen dan gred E 32 sen.
Sedangkan, kata Datuk Seri Najib Razak, sebelum pilihan raya umum lalu, harga telur di ladang untuk telur gred AAA adalah serendah 27 sen, harga gred C 24 sen dan gred E 21 sen.
Dakwa Najib, harga telur gred AAA masih 48% peratus tinggi manakala untuk gred C dan E pula 54% dan 52% berbanding sebelum PRU14.
“Itu harga ladang. Harga runcit lagi tinggi,” katanya.
Soalnya, kalau makanan asas seperti telur pun tak dapat kawal, bagaimana kerajaan Pakatan Harapan PH boleh berjanji hendak kawal harga barang lain.
“Alasan-alasan yang diberi oleh Menteri kenapa harga telur tinggi tahun lepas seperti penyakit ayam berjangkit itu masih valid ke?
“Berapa tahun lagi ayam nak sakit?” soal Najib lagi. – MalaysiaGazette