Niaga depan minyak mentah Brent melonjak lebih 15 peratus kepada US$71.95 pada pembukaan, manaka minyak mentah Amerika Syarikat naik 15 peratus menjadikannya US$63.34 setong. Kedua-duanya mencatatkan penanda aras tertinggi sejak Mei lalu.
Senario lonjakan itu bermula apabila Presiden AS, Donald Trump membenarkan pengeluaran minyak dari Rizab Petroleum Strategik AS (SPR) jika keadaan memerlukan dalam kuantiti yang ditentukan kelak berikutan serangan terbaharu itu.
Eksport minyak Arab Saudi kekal seperti biasa mingggu ini apabila kerajaan negara itu menggunakan stok dari loji penyimpan, sumber industri memberitahu.
Menteri Dalam Negeri Arab Saudi memberitahu, serangan menggunakan dron pada sabtu lalu menyebabkan kebakaran di loji pemprosesan minyak Aramco, bagaimanapun keadaan kini terkawal.
Loji tersebut terletak di Abqaiq berhampiran Ammam di wilayah timur, manakala sebuah lagi loji yang diserang pula berada di Hijrat Khurais. – Agensi