Home Utama Harga telur tahun ini lebih murah berbanding 2015

Harga telur tahun ini lebih murah berbanding 2015

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Hantaran Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai harga telur di laman Facebook kelmarin menarik perhatian Jabatan Perkhidmatan Veterinar di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, jabatan berkenaan mengingatkan bahawa penggunaan maklumat serta data dalam membuat perbandingan yang tidak berasas akan mengelirukan masyarakat justeru ia harus dielakkan.

Menurut kenyataan itu, harga telur di peringkat ladang bergantung kepada kos input iaitu makanan ayam, gaji pekerja, kos ubatan dan lain-lain.

“Walaubagaimanapun, kos ini boleh dan akan berubah jika ada kejadian penyakit dan bencana lain seperti kemarau, jerebu dan banjir,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, harga telur boleh turun dan naik bergantung kepada keadaan dan masa.

“Contohnya, 70% kos operasi bergantung pada makanan ayam. Makanan ayam diimport dan harganya bergantung pada kadar pertukaran wang yang juga turun dan naik.

“Memandangkan Datuk Seri Najib Razak telah membuat perbandingan maka cuba kita lihat perbandingan harga telur pada tahun 2015 dan 2019 daripada sumber data yang sama,” katanya.

Perbandingan harga telur 2015 dan 2019

 

Tarikh

Gred AA

(sen/biji)

Gred A

(sen/biji)

Gred B

(sen/biji)

Gred C

(sen/biji)

Gred D

(sen/biji)

Gred E

(sen/biji)

 

7.1.2015

 

0.42

 

0.41

 

0.40

 

0.39

 

0.38

 

0.36

14.1.2015 0.42 0.41 0.40 0.39 0.38 0.36
21.1.2015 0.42 0.41 0.40 0.39 0.38 0.36
28.1.2015 0.42 0.41 0.40 0.39 0.38 0.36
6.2.2015 0.42 0.41 0.40 0.39 0.38 0.36

 

 

Tarikh

Gred AA (sen/biji) Gred A (sen/biji) Gred B (sen/biji) Gred C (sen/biji) Gred D (sen/biji) Gred E (sen/biji)
12.7.2019 0.34 0.33 0.32 0.31 0.29 0.26
19.7.2019 0.34 0.33 0.32 0.31 0.29 0.26

 

Menerusi perbandingan harga itu menunjukkan harga telur pada tahun 2019 adalah 19 hingga 28% lebih murah berbanding tahun 2015.

“Apa yang terjadi pada tahun 2015? Mengapa harga telur lebih mahal?

Mengulas lanjut, jabatan tersebut berkata, bukan semua faktor pengeluaran atau kos input dapat dikawal dengan berkesan kerana ia banyak bergantung pada faktor luaran.

“Jabatan melalui Kementerian akan terus berusaha untuk memastikan penghasilan telur ayam yang cukup untuk rakyat Malaysia dengan harga yang kompetetif,” katanya.

Kelmarin Najib berkata, meskipun pada tahun lalu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani memaklumkan harga telur turun 2 sen tetapi hakikatnya pada masa ini harga telur masih lagi tinggi.

Data terbaru harga telur di ladang yang diterbitkan oleh Jabatan Veterinar menunjukkan telur ayam gred AAA adalah 40 sen sebiji, gred C 37sen dan gred E 32 sen.

Sedangkan, kata Najib, sebelum pilihan raya umum lalu, harga telur di ladang untuk telur gred AAA adalah serendah 27 sen, harga gred C 24 sen dan gred E 21 sen.

Dakwa Najib, harga telur gred AAA masih 48% peratus tinggi manakala untuk gred C dan E pula 54% dan 52% berbanding sebelum PRU14.

“Itu harga ladang. Harga runcit lagi tinggi,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Harga telur pun masih mahal, ada hati hendak kawal harga barang – Najib