WASHINGTON – Amerika Syarikat mendakwa telah mengenal pasti dron dan peluru berpandu yang melancarkan serangan ke atas loji pemprosesan minyak mentah Arab Saudi datang dariĀ Iran.
Pegawai kanan Amerika Syarikat memaklumkan kepada media, lokasi itu dari barat daya Iran.
Pertahanan udara Arab Saudi tidak memintas dron dan peluru berpandu kerana ia menunjuk ke arah selatan, selain mencegah serangan dari Yemen, kata mereka.
Iran menafikan penglibatan dalam serangan yang mengganggu bekalan minyak dunia.
Pemberontak Houthi mengakui telah melancarkan dron di loji pemprosesan minyak Abqaiq, kemudahan minyak terbesar di dunia dan loji minyak Khurais.
Pegawai Amerika Syarikat berkata, mereka percaya dron dan peluru berpandu tidak berasal dari selatan sebaliknya dari utara atau barat laut.
Presiden Iran Hassan Rouhani menyifatkan serangan tindakan itu sebagai tindakan timbal balik oleh “orang Yaman”.
Serangan itu menyaksikan harga minyak mentah dunia melonjak 20 peratus hingga mencecah AS$71.95 setong.
Menteri Tenaga Arab Saudi menjangkakan pengeluaran minyak kembali beroperasi sepenuhnya pada akhir bulan ini. – MalaysiaGazette