SINGAPURA – Harga minyak dunia melonjak dalam dagangan awal Asia hari ini selepas berlaku pergolakan beberapa hari lalu, dipacu oleh keyakinan bahawa Arab Saudi akan mengembalikan semula pengeluaran pada akhir bulan ini selepas serangan di loji pemprosesan utamanya Sabtu lalu.
Niaga hadapan Brent naik AS$0.08 setong pada 0139 GMT manakala West Texas Intermediate (WTI) meningkat AS$0.12 kepada AS$58.23 setong.
Kenaikan itu berlaku selepas kejatuhan 2% pada hari Rabu dan lonjakan 14% pada Isnin lalu selepas Arab Saudi menetapkan tempoh pengeluaran penuh.
Malah, Arab Saudi berkata, ia mampu menguruskan bekalan kepada para pelanggannya kepada paras sebelum serangan.
Sementara itu, penganalisis minyak dari firma Kayrros mengunjurkan Arab Saudi kerugian kira-kira 3.4 juta tong sehari selepas inventori minyak mentahnya susut hampir 10 juta tong pada 16 September berbanding sebelum serangan.
Meskipun begitu, Agensi Tenaga Antarabangsa berkata, setakat ini tidak ada keperluan untuk menggunakan stok kecemasan minyak kerana bekalan mencukupi. – MalaysiaGazette