Home Dunia Robert O’Brien dilantik Penasihat Keselamatan AS

Robert O’Brien dilantik Penasihat Keselamatan AS

Donald Trump memperkenalkan Robert O'Brien. foto Agensi

WASHINGTON – Presiden Donald Trump menamakan Robert O’Brien sebagai Penasihat Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat yang baharu.

Robert akan menggantikan John Bolton.

Sebagai penasihat terkemuka mengenai keselamatan negara, Robert akan ditugaskan untuk menangani segala-galanya dari dasar imigresen hingga ketegangan dengan Iran.

Ketika bercakap mengenai pelantikan itu, Trump menyifatkan Robert sebagai individu yang hebat.

“Robert hebat,” kata Trump sambil mengakui mereka saling mengenali antara satu sama lain.”

Robert pula menyifatkan pelantikan itu sebagai satu penghargaan.

“Kami berdepan dengan beberapa cabaran tetapi saya ada satu pasukan yang hebat. Saya berharap dapat bekerjasama dengan mereka dan presiden untuk memastikan Amerika selamat dan meneruskan pembinaan ketenteraan,” katanya.

Pelantikan Robert tidak memerlukan pengesahan daripada Kongres.