PARIS – Pihak berkuasa berkata sebuah pesawat pejuang, F-16, Belgium terhempas di kawasan berpenghuni di barat Perancis dan salah seorang juruterbangnya tersangkut pada talian elektrik bervoltan tinggi.
Seorang jurucakap untuk kawasan pentadbiran tersebut memberitahu The Associated Press bahawa pesawat itu terhempas di bandar Pluvigner, Brittany.
Beliau berkata, seorang juruterbang terselamat dan anggota penyelamat sedang membawa turun seorang lagi juruterbang dari talian elktrik itu.
Beliau menambah, kawasan tersebut telah ditutup.
Seorang jurucakap polis berkata, tiada kecederaan dilaporkan berlaku ke atas penduduk kawasan tersebut.
Ujarnya, kira-kira 100 anggota polis berada di kawasan kemalangan dan punca kejadian sedang disiasat. – Agensi