KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini tetapi susut sedikit selepas itu, meneruskan arah aliran menurun semalam memandangkan pelabur terus berada di luar kerana tiada petunjuk.
Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.45 mata kepada 1,595.83 daripada 1,596.28 semalam.
Indeks itu dibuka 1.33 mata lebih kukuh pada 1,597.61.
Kaunter turun mengatasi kaunter naik sebanyak 88 berbanding 84 dengan 170 kaunter tidak berubah, manakala 1,645 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.
Sejumlah 126.58 juta saham bertukar tangan bernilai RM39.60 juta. – MalaysiaGazette