LONDON – Finalis tahun lalu, Arsenal tidak berdepan masalah menewaskan Eintracht Frankfurt 3-0 dalam perlawanan pertama Kumpulan F Liga Europa awal pagi tadi.
Unai Emery yang menurunkan barisan berbeza mencatat kemenangan bergaya apabila pemain mudanya, Joe Willock dan Bukayo Saka menyinar dengan masing-masing menyumbat gol di Jerman.
Walaupun tuan rumah beraksi 10 pemain apabila Dominik Kohr dilayangkan kad merah, Pierre-Emerick Aubameyang terus gol ketiga buat Arsenal.
Arsenal akan menanti kunjungan Standard Liege, yang menewaskan Vitoria Guimaraes 2-0 pagi tadi.
Di Old Trafford, Manchester United berterima kasih kepada jaringan tunggal pemain muda, Greenwood yang berusia 17 tahun untuk mengatasi Astana dari Kazakhstan 1-0 dalam saingan Kumpulan L.
Greenwood muncul pemain paling muda menyumbat gol buat United dalam saingan peringkat Eropah ketika perlawanan berbaki 17 minit.
Kejayaan itu berbaloi buat Ole Gunnar Solskjaer yang membariskan sembilan muka baru berbanding skuad Liga Perdana yang menang ke atas Leicester City, Sabtu lalu. – MalaysiaGazette