MADRID – Enam bulan lalu, Zinadine Zidane dengan senyuman menyatakan kegembiraannya kembali ‘rumah sendiri’ sebagai Pengurus Real Madrid.
Bagaimanapun senyuman itu hilang selepas aksi yang teruk the Galacticos dalam aksi pembukaan perngkat Kumpulan Liga Juara Juara Eropah.
Selepas terikat seri dengan Real Valladolid di halaman sendiri Berbnabeu, dan Villarreal dala, La Liga, aksi pagi Rabu menyaksikan Real dimalukan 3-0 oleh Paris Saint Germain.
Kekalahan memalukan itu tidak dijangkakan oleh sesiapa kali ini.
Jika sebelum ini Zidane yang dianggap kalis peluru selepas membawa Real menjulang kejuaraan Eropah selama tiga musim berturut-turut antara tahun 2016 sehingga tahun 2018, kini aksi buruk kelmarin mencetuskan persoalan mengenai kredibilitinya.
Siapa yang akan menggantikan bekas legenda Perancis dan juga Real Madrid itu.
Sejak kembali ke Bernabeu, purata kemenangannya turun 50 peratus sejak akhir musim lalu.
Real hanya menang tujuh daripada 16 aksi La Liga dan Liga Juara-juara Eropah dan seri empat tetapi kalah lima perlawanan.
Pakar Bola Sepak Perancis, Julien Laurens tidak percaya Zidane akan berundur sebaliknya pemenang piala dunia 1998 itu tahu apa yang perlu diperbetulkan dalam pasukan itu.
“Dia masih yakin ada cahaya di pangkal jalan kerana dia tahu kelemahan pasukan dan perlu mencari formula terbaik untuk memperbaiki semula keadaan pasukan,” katanya.
Sebelum ini, Real telah menunggu sehingga akhir Oktober untuk memecat Julen Lopetegui musim lalu yang hanya bertahan 4 1/2 bulan.
Pengganti Lopetegui, Santiago Solari pula dipecat tidak sampai lima bulan mengemudi pasukan itu sebagai memberi laluan kepada Zidane pada Mac lalu.
“Kalau dia bernasib baik, akan kekal sehingga akhir musim ini.
“Namun dinamik pasukan itu sangat menyedihkan walaupun pemain penting Srrgio Ramos, Marcelo dan Luka Modric tidak cukup untuk dia bertahan sehingga Krismas Disember ini” tambah Ballague.
Manakala wartawan bola sepak Belgium, Kristof Terreur pula tidak meletakkan sebarang harapan pada Zidane.
“Apa lagi dia mahu ubah dalam pasukan itu, dan apa falsafah dia. Ketika Real julang piala dua musim lalu masih menjadi misteri bagaimana pasukan itu melakkukannya,” kata Terreur.-MalaysiaGazette