HONG KONG – Polis anti-rusuhan Hong Kong mengawal stesen kereta api utama yang beroperasi ke lapangan terbang untuk mengelakkan protes anti-kerajaan mengganggu perjalanan udara selepas melakukan keganasan di wilayah yang dikuasai Cina.
Penunjuk perasaan telah mensasarkan lapangan terbang sebelum ini, dengan berkumpul di balai dewan ketibaan, menyekat jalan raya dan melakukan kebakaran jalanan di bandar berdekatan Tung Chung.
Malah, penunjuk perasaan turut melakukan protes di stesen keretapi bawah tanahnya.
Keretapi Airport Express, yang membawa penumpang melalui pelabuhan dan merentasi beberapa jambatan ke lapangan terbang, yang dibina di atas tanah yang ditebus di sekitar pulau terpencil, hanya membenarkan penumpang masuk ke pusat bandar Hong Kong, bukan di Semenanjung Kowloon, kata pihak berkuasa.
Hanya penumpang yang memiliki tiket penerbangan dibenarkan memasuki terminal.
Perkhidmatan bas juga terjejas.
Keganasan yang berlaku di Hong Kong sudah melebihi tiga bulan, dilihat sudah menjadi satu kebiasaan bagi penduduk.
Tetapi gambar bom petrol dan pertempuran jalanan yang disiarkan di seluruh dunia telah memalukan Beijing yang bakal menyambut ulang tahun ke-70 China pada 1 Oktober.
Penunjuk perasaan marah dengan gangguan China yang menjalar di Hong Kong setelah wilayah itu diserahkan pada tahun 1997 di bawah formula “satu negara, dua sistem” yang dimaksudkan untuk menjamin kebebasan yang tidak dinikmati di Tanah Besar.
China komited untuk pelaksanaan “satu negara, dua sistem” dan menafikan campur tangan, sebaliknya menuduh kerajaan asing termasuk Amerika Syarikat dan Britain dalang kepada tunjuk perasaan itu. – MalaysiaGazette