Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew ketika dihubungi berkata perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar Monica Joseph Gaisah.
Beliau berkata, polis akan menjalankan siasatan lanjut terhadap ketiga-tiga suspek tentang motif mereka bertindak demikian.
Semalam, media melaporkan seorang pelajar perempuan berumur 15 tahun nyaris menjadi mangsa culik sekumpulan lelaki di kawasan rumahnya di Kampung Tok Kandang.
Kejadian berlaku kira-kira 11 pagi semasa pelajar itu berseorangan di halaman rumahnya, sebelum didatangi dua lelaki yang menaiki kereta Perodua Viva berwarna hitam.
Mangsa bertindak melarikan diri ke rumah jiran berhampiran meminta tolong manakala ketiga-tiga suspek berumur antara 24 hingga 58 tahun melarikan diri.
Tengah hari semalam, ketiga-tiga suspek diberkas di Simpang Empat ketika mereka berada di dalam kereta itu. – MalaysiaGazette