KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini memandangkan pelabur global menanti arah baharu sementara menimbang ketidakpastian berterusan dalam pasaran global.
Pada 9.06 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.27 mata kepada 1,596.14 mata daripada 1,597.41 Jumaat lalu.
Indeks itu dibuka 0.18 mata lebih tinggi pada 1,597.59.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter naik mengatasi turun sebanyak 115 berbanding 90 dengan 178 kaunter tidak berubah, manakala 1,604 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.
Sejumlah 130.09 juta saham bertukar tangan bernilai RM40.75 juta. – MalaysiaGazette