LAHAD DATU – Tiga nelayan warga Indonesia dipercayai diculik di perairan Geem Reef, Tambisan, Tungku dekat sini, petang tadi.
Difahamkan kejadian itu dilakukan oleh tujuh lelaki bersenjata antara 2 hingga 3 petang tadi.
Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi Bernama mengesahkan berlaku kejadian penculikan di Tambisan membabitkan warga Indonesia.
Bagaimanapun, katanya, polis masih menunggu laporan lanjut.
“Setakat ini belum ada laporan polis dibuat,” katanya. – Bernama